Monday, March 15, 2010

keadaan kemerdekaan

Kemerdekaan ialah pemerintahan sendiri oleh perduduk-penduduk sebuah negara secara amnya menuntut kedaulatan.Istilah kemerdekaan untuk membezakan dengan hegemoni yang merupakan kawalan sebuah negara yang lebih kuat.
Kemerdekaan boleh merupakan taraf permulaan sebuah negara muncul {sering untuk mengisi kekosongan politik} merupakan pembebasan daripada kuasa mendominasi kawasan itu.Dari segi negatif,kemerdakaan boleh ditakrifkan sebagai keadaan tidak dikuasai oleh kuasa yang lain melalui penjajahan,dasar peluasan kuasa atau imperialisme.
Terdapat banyak sebab mengapa sebuah negara atau wilayah hendak menuntut kemerdakaan.Kekecewaan terhadap pihak berkuasa merupakan alasan yang sering dikemukakan oleh gerak-gerakan pengikut faham pemisahan,kesusah ekonomi adalah mencetuskan tindakan gerak-gerakan ini.
Cara menuntut kemerdekaan berbeza dari tunjuk perasaan aman ke perang saudara yang ganas.
tarikh kemerdekaan {kekadang permulaan pemberontak} dirayakan sebagai hari kelepasan negara dikenali sebagai hari kemerdakaan.

kemerdekaan

peristiwa kemerdekaan malaysia


Sebelum Almarhun Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,bapa kemerdekaan Malaysia mengetuai rombongan di London untuk berbincang tentang tuntutan kemerdekaan dengan kerajan inggeris pada 1 januari 1956 Tuanku meminta nasihat daripada Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim,Mufti kerajaan Negeri Pulau Pinang .Beliau merupakan salah tokoh di bidang ilmu falak.
Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957 ,maka pada tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik untuk orang melayu mengistiharkan Kemerdekaan.Beliau juga melarang pemuda-pemuda UMNO untuk memberotak dan merampas kuasa jika kerajaan British tidak mahu menyetujui 31 Ogos 1957 .Jika Kemerdekaan tidak dapat disambut pada tarikh yang dikehendaki.Syeikh abdullah Fahim meminta supaya tunggu lima tahun lagi iaitu pada hari jumaat ,31 ogos 1962.
Mengambil kira hakikat ini atas ilham pemilihan tarikh kemerdekaan dibuat oleh Syeikh Fahim menurut seorang guru dari sekolah agama bahawa sejenis alat digelar astrolabe disimpan di bilik pegetua sekolah tersebut.
Bahawa pada malam kemerdekaan didapati 4 buah buruj berada di ufuk barat sejurus selepas matahari terbenam pada 30 ogos 1957 .
buruj-buruj tersebut ialah buruj scorpius,buruj libra,buruj virgo dan buruj kapal layar.Yang paling menarik lagi ialah buruj Libra dan kapal layar kelihatan dengan jelas di angkasa.
Walaupun peristiwa falak mempunyai beberapa hubungan yang berkaitan dengan sejarah negara ,ini sebenarnya adalah suatu yang lumrah dan bukanya suatu kuasa kosmik yang luar biasa.Kita tidak dapat lari kemana-mana di alam ini kerana sebenarnya telah diikat rapi oleh masa dan ruang.Peristiwa falak adalah masa dan ruang itu.

Sunday, March 14, 2010

kemerdekaan Malaysia


Adakah kemerdekaan itu bermaksud kebebasan?jika kemerdekaan itu bermaksud kebebasan ,apa gunanya perkataan merdeka itu dilaungkan. perkataan merdeka terawal dilaungkan adalah pada 31 ogos 1957 di tanah melayu malaysia.Ramai melayu beranggapan diri mereka sudah merdeka.Ini tafsiran yang salah.kemerdekan telah diperoleh negara kita,Malaysia.Hakikatnya,rakyat Malaysia belum merdeka.yang merdeka itu cuma negara kita tetapi kita rakyat malaysia belum bebas dari cengkaman penjajah. Mental rakyat malaysia belum sepenuhnya bebas dari penjajahan Barat.Negara kita sudah merdeka,tetapi kita belum merdeka.Barangkali anak-anak kita yang belum merdeka.Barangkali antara kita yang belum merdeka.Barangkali ada antara musuh-musuh kita yang belum merdeka.Sebab negara kita sudah merdeka.Hakikatnya kita belum sepenuhnya merdeka.Kita cuma bebas.tetapi bebas pun tetap terbatas.Adakah kita,sudah merdeka?Maka dilaungkan sajak ini,"Teguran Buat rakyat Negara yang Merdeka".